Latest Entries
Fast Update #3
Ditulis pada 26 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Harian. Fav it!
Ye. Tentu sakit jikalau engkau berada di tempat beliau kan. Apakan daya, sudah nasib.
Persetankan gambar di atas. Olimpik sudahpun melabuhkan tirainya ahad lepas dengan 40 rekod dileburkan dan 120 rekod baru dicatatkan. Pagi tadi aku telah menjalani satu sesi temuduga untuk permohonan biasiswa SLTP, cuma yang merungsingkan aku kebarangkalian permohonan aku itu untuk diterima sangatlah tipis. Kenapa? Aku agak² sahaja. Bertuah ataupun tidak bergantung pada si penemuduga. Yang penting, kenduri satay untuk budak² rumah aku sedang dalam pemprosesan. \m/
Aku baru sahaja khatam menggunakan plugin Lightview yang sangat stylo ini. Rajin²’kan mencuba agar penampilan blog engkau juga nampak stylo. Perasan tak link ‘Fav it!’ di atas bawah setiap tajuk entri? Gunakannya secara bijaksana ye!
No Comments
Miliki Web CMS sendiri: Ayuh belajar!
Ditulis pada 24 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Tips. Fav it!
Berkemungkinan engkau tidak dapat mengerti dengan apa yang aku perkatakan melalui tajuk aku kali ini. CMS di’istilahkan sebagai Content Management System ataupun bila di’melayukan, Sistem Pengurusan Kandungan. Betulkan aku jika aku salah. Aku tidak mahu sentuh tentang definisi CMS ini dengan banyak kerana engkau boleh dapatkannya melalui encik Wikipedia.
Disebabkan tajuk aku kali ini berkaitan dengan web CMS, maka aku quote’kan sedikit informasi berkaitan web CMS ini daripada encik Wikipedia juga.
“A Web content management system (WCMS or Web CMS) is content management system (CMS) software, usually implemented as a Web application, for creating and managing HTML content. It is used to manage and control a large, dynamic collection of Web material (HTML documents and their associated images). A WCMS facilitates content creation, content control, editing, and many essential Web maintenance functions.”
Ya, aku yakin yang engkau masih lagi kabur tentang Web CMS ini. Beginilah, engkau lihat weblog mohdadil.com, portal Jiwang dan KPT. Itulah aplikasi Web CMS! Baca Lagi…
2 Comments
Sesumpah
Ditulis pada 24 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Politikus. Fav it!
15/08/08 Saiful bersumpah
23/08/08 Najib sumpah di Masjid
No Comments
Menarik Minggu Ini #4
Ditulis pada 22 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Harian, Politikus. Fav it!
Aku terjumpa gambar atas di laman web salah sebuah akhbar di negara kita. Aku rasa engkau boleh tafsir apa yang tersurat di dalam gambar tersebut. Cuma yang aku musykil, kenapa perkara yang dikaitkan dengan gambar diatas tidak ditegakkan sewaktu pemerintah kita membuka kuota 10% kepada bukan bumiputera di MRSM suatu masa dahulu? Bukankah MRSM juga salah sebuah institut tajaan Mara khas untuk bumiputera? Itu tidak termasuk kuota pemberian biasiswa JPA kepada bukan bumiputera yang naik kepada 45%.
Apa pendirian engkau, Adil? Isu ini dipolitikkan. Noktah.
Lupakan tentang permasalahan diatas. Kita masuk pula tentang kenaikan kadar zakat fitrah seluruh Malaysia. Kenaikan harga makanan ruji negara kita iaitu beras telah memberi kesan kepada kenaikan kadar zakat fitrah tahun ini sehingga mencapai 52%. Ditambah pula dengan kadar inflasi yang mencecah hampir 8% 8.5% pada bulan Julai 2008, maka tiada baju raya baru la gamaknya aku tahun ini.
Suasana politik di Malaysia semakin membimbangkan. Demam pilihan raya kecil Permatang Pauh dikatakan menjadi asas utama untuk PR ke Putrajaya. Cuma, semudah itukah hendak membentuk sebuah kerajaan? Aku pun berharap untuk bertanding tidak kisah atas tiket apa jikalau beratku boleh turun 5kg. Politik di Perak juga tidak ketinggalan. Tunggu ajelah keputusan mahkamah sebelum kita hendak membuat sebarang spekulasi. Jikalau tidak bersalah, Perak sedia maafkan anda, BPR.
PM tak puas hati
Sekali pandang, nampak seperti PM kita ni sangat mengambil berat tentang permasalahan rakyat. Mungkin juga kataku kerana beliau kan seorang pemimpin negara. kita Tindakan mesti diambil supaya permasalahan ini boleh diperbaiki untuk rakyat jelata. Namun, di suatu sudut lain pula aku bertanya siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk membawa perubahan kepada sistem pengangkutan ini? Untungnya SCOMI dapat tender baru…
Terbaru! Harga minyak turun RM0.15 berkuatkuasa tengah malam ini. Yesh! Moga turun lagi…
P/s: No offense.
No Comments
Sealserver Sucks!
Ditulis pada 21 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Harian. Fav it!
Aku sendiri tak tahu ape kena dengan Sealserver sekarang ni. Beberapa hari ni aku dapat rasakan yang wordpress aku tersangatlah slow walhal apabila aku melayari laman blog lain ok sahaja. Malah, dalam beberapa hari ini sudah beberapa kali server aku down. Ini membuatkan aku teramatlah tensi. Terasa bagaikan hendak menukar hosting provider. Kepada engkau di luar sana, buat masa ini janganlah engkau cuba untuk mendapatkan perkhidmatan Sealserver sehingga aku mendapat penjelasan dari mereka kenapa perkara ini terjadi. Cuba²’lah menggunakan perkhidmatan Onebytes. Peace!
2 Comments
Menarik di Photoshop #1
Ditulis pada 21 August '08 oleh Mohd Adil, dibawah Photoshop. Fav it!
Aku sudah pun membuat satu kategori bernama Photoshop untuk membuat review tentang kehebatan encik yang bernama Photoshop. Di sini aku akan berkongsi dengan engkau semua tentang cara² menggunakan kehebatan encik Photoshop. Link ajela… Lepas tu kalau suka angkat kaki. :p
1. A rather different photo collage

P/s: Tiada kerja di rumah sesuai dimanfaatkan untuk belajar. Tutorial pemasangan XP full volume bila nak siap? :p

























