Blog Entry

Menarik Minggu Ini #3

Ditulis pada August 8, 2008 oleh Mohd Adil, dibawah Aktiviti. Fav it!

Hujung minggu ini terdapat beberapa aktiviti menarik khas untuk semua penduduk Melaka khususnya sekitar Ayer Keroh dan juga Bandar Melaka. Hujung minggu ini engkau yang berada di sekitar Ayer Keroh bolehlah berkunjung ke Pesta Konvo UTeM yang akan berlangsung di MITC, Ayer Keroh dari Jumaat sehingga Ahad ini. Dari ceramah perdana sehinggalah ke pelbagai pertandingan ada ditawarkan  disana. Tak ketinggalan juga konsert artis jemputan jika tak silap aku. Kepada penduduk di sekitar Bandar Melaka, jangan lupa untuk ke PIKOM PC Fair yang berlangsung dari Jumaat sehingga ke Ahad ini. Seperti biasa, pelbagai tawaran barangan komputer boleh didapati disini. Jumpa anda disana. Seleksi hujung minggu ini di Melaka:

  • Pikom PC Fair di Mahkota Parade - Bermula hari ini sehingga Ahad. Sempat juga aku singgah sekejap sambil membeli 2GB pemacu USB. Kepada engkau yang belum sempat lagi berkunjung kesana,  cepat² kesana!
  • UTeM Convo Fest - Bermula hari ini juga sehingga Ahad. Pagi tadi sudah terlepas senam robik di MITC. Malam ni ada Ceramah Perdana di MITC. Esok bermula konvokesyen selama 2 hari. Pada hari Ahad pula ada Convothon. Mari kita ramai² memeriahkan suasana di sana. :)

Fuh! Bolehkah aku mengulangkaji pelajaran hujung minggu ini?

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post