Blog Entry
Miliki Web CMS sendiri: Ayuh belajar!
Ditulis pada August 24, 2008 oleh Mohd Adil, dibawah Tips. Fav it!
Berkemungkinan engkau tidak dapat mengerti dengan apa yang aku perkatakan melalui tajuk aku kali ini. CMS di’istilahkan sebagai Content Management System ataupun bila di’melayukan, Sistem Pengurusan Kandungan. Betulkan aku jika aku salah. Aku tidak mahu sentuh tentang definisi CMS ini dengan banyak kerana engkau boleh dapatkannya melalui encik Wikipedia.
Disebabkan tajuk aku kali ini berkaitan dengan web CMS, maka aku quote’kan sedikit informasi berkaitan web CMS ini daripada encik Wikipedia juga.
“A Web content management system (WCMS or Web CMS) is content management system (CMS) software, usually implemented as a Web application, for creating and managing HTML content. It is used to manage and control a large, dynamic collection of Web material (HTML documents and their associated images). A WCMS facilitates content creation, content control, editing, and many essential Web maintenance functions.”
Ya, aku yakin yang engkau masih lagi kabur tentang Web CMS ini. Beginilah, engkau lihat weblog mohdadil.com, portal Jiwang dan KPT. Itulah aplikasi Web CMS!
Jadi, bagaimana engkau boleh memiliki sebuah Web CMS sendiri? Terdapat dua cara yang boleh engkau gunakan untuk memilik sebuah Web CMS sendiri. Pertamanya, dengan beberapa perisian yang dipasang pada komputer engkau untuk menjadikan komputer engkau sebagai sebuah web server kepada Web CMS engkau. Keduanya, melalui perisian yang disediakan oleh Cpanel (jikalau engkau menggunakan perkhidmatan hosting) iaitu Fantastico yang sememangnya senang untuk digunakan sepertinya mudahnya ABC.
Untuk kali ini aku akan sentuh lebih kepada cara yang pertama. Cara kedua tidak perlu disentuh kerana sudah ada Fantastico yang boleh menolong engkau untuk memiliki Web CMS engkau sendiri. Untuk cara pertama, disini aku senaraikan beberapa perkara yang perlu engkau tahu:
Web server: Pastikan engkau faham tentang apakah itu web server dan kegunaannya. Perkara ini adalah perkara yang paling penting sekali jikalau engkau bersungguh² mahu mempelajari tentang Web CMS ini. Perisian yang biasanya digunakan untuk menjadikan komputer engkau sebagai sebuah web server ialah IIS, dan juga Apache HTTP Server.
Database: Database digunakan untuk menyimpan segala data berkaitan web CMS engkau. Engkau tidak perlu tahu dengan mendalam tentang database ini. Cukuplah sekadar engkau tahu macamana untuk menggunakannya. Itu pun sudah cukup memadai. Perisian yang biasanya digunakan untuk database ini ialah Microsoft Access dan MySQL.
Perkara lain aku tidak tekankan disini kerana ianya adalah optional. Tetapi disarankan supaya engkau tahu serba sedikit tentang basic html dan juga scripting untuk memudahkan engkau memahami architecture web cms engkau.
Okey, berbalik kepada tajuk. Disini aku sediakan cara mudah untuk engkau memiliki sebuah web CMS di komputer engkau:
Pertama, komputer engkau perlu dilengkapi dengan web server dan juga database. Cara paling mudah untuk melengkapkan komputer engkau dengan kedua² perisian tersebut ialah dengan menggunakan perisian WampServer. WampServer menyediakan pakej kedua² web server dan database di dalamnya. Jadi, engkau tidak perlu memasang perisian² tersebut satu-persatu. *Makluman kepada engkau, disini aku menggunakan perisian Apache HTTP Server untuk web server dan MySQL untuk database. Jika engkau mengalami kesulitan semasa menggunakan perisian ini, sila ke sini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Kedua, engkau perlu tahu Web CMS apa yang engkau hendak gunakan. Sekira engkau masih ragu², engkau boleh test drive semua Web CMS di OpenSourceCMS.com. Pilihan ada pelbagai dan engkau boleh pilih mana² yang engkau suka. Sebagai contoh, aku pilih Web CMS PHP-Fusion sebagai platform aku untuk membina sebuah portal. Pergi ke laman web rasmi PHP-Fusion dan muat turun web CMS tersebut.
Ketiga, unzip’kan file yang telah di’muat turun sebentar tadi. Letakkan fail tersebut (biasanya dalam folder) di dalam C:\Wamp\www.
Keempat, buka browser engkau tak kira IE atau Firefox. Taipkan ‘localhost’ tanpa tanda ‘ di address bar. Page Wampserver configuration akan keluar. Pilih ‘phpmyadmin’ di bahagian ‘Tools’ dan engkau akan di bawa ke page MySQL database configuration. Bina sebuah database dan pastikan engkau tahu nama database engkau sebelum ke prosedur seterusnya.
Kelima, kembali ke page Wampserver configuration. Di bahagian ‘Your Projects’, pilih nama folder yang telah engkau letakkan sebentar tadi dan klik pada nama folder tersebut. Selalunya engkau akan dibawa ke page Web CMS installation. Ikut semua prosedur yang diminta semasa installation. Andai engkau mengalami kesulitan semasa installation, cari fail teks installation (biasanya readme.txt) di dalam folder tersebut. *Sewaktu mengisi database connection, gunakan ‘root’ sebagai username dan biarkan kosong di bahagian password (Untuk konfigurasi pada komputer engkau sahaja, disarankan membuat username dan password baru sekiranya engkau menggunakan hosting sendiri.). Untuk connection host, gunakan ‘localhost’.
Keenam, engkau baru sahaja memiliki sebuah portal web CMS. Tahniah.
*Terdapat beberapa perisian yang menyediakan pakej web server ini selain Wampserver. Cuma aku mencadang’kan yang ini. Mencari yang lain? Xampp? Yang penting, rajinkan diri!
*Harap maaf, tiada gambar disertakan. Sila gunakan kepakaran engkau untuk memahami segala tunjuk ajarku. Suka dengan artikel ini? Klik sini. Peace!
CMS = Catastrophic, Major, Serious.
kalau mcm tu aku pun nak tukar CMS = Cinta Melissa Saila.
camne eh nak wat????
zikula tu da kua homepage die tapi da xtau nak watpe.
sbenarnya bende ni nak wat laman web cam ko ni ke?
ce cite ciket ape aku nak wat..
dekat setting?
URL tu untuk aku set then boleh type kat address bar ker?
utk laman web cam aku ni, ko gunakan wordpress. wordpress lagi senang…