Archive for 'Tips'
Manfaatkan cuti semester kau!
Ditulis pada 19 November '08 oleh Mohd Adil, dibawah Tips. Fav it!
Cuti sekolah sudah bermula. Cuti semester bagi pelajar kolej/universiti juga sudah bermula. Aku juga tidak ketinggalan, cuma cuti aku kali ini hanya seminggu kerana aku akan menjalani latihan industri selama 20 minggu bermula awal Disember ini. Cuti semester jikalau tidak di’manfaatkan dengan aktiviti berfaedah hanya akan merugikan diri. Masa tidak dapat dibeli semula apabila ia sudah berlalu. Nasihat aku, penuhkan hari² kau dengan perkara berfaedah. Tak guna berpacaran menghabiskan masa melepak di kompleks membeli-belah yang memang tidak mendatangkan apa² manfaat. Sini aku beri beberapa tips untuk kau fikir’kan samada ianyanya berguna untuk kau atau tidak. (more…)
13 Comments
Minggu Peperiksaan: Apa yang kau perlu lakukan?
Ditulis pada 13 November '08 oleh Mohd Adil, dibawah Tips. Fav it!
Semestinya musim peperiksaan yang sedang berlangsung sekarang ini membuatkan semua pelajar sama seperti aku, tensi! Dengan bebanan serta tekanan untuk mencapai segala yang dikehendaki pasti membuatkan kau tidak tidur lena. Namun, itulah hakikatnya menjadi seorang pelajar!
Dahulu, perasaan untuk bergelar pelajar semula membuak² walaupun pada masa tersebut status kewangan aku boleh dikatakan kukuh. Untuk apa aku perlu berhenti bekerja untuk sesuatu yang belum lagi dapat menjamin kehidupan aku di masa akan datang. Tetapi, entah kenapa aku rasakan kehidupan sebagai seorang pelajar menyeronokkan walhal aku tahu masa kini, tinggi kau belajar tinggi juga bebanan hutang kau untuk membiayai pembelajaran kau! Membawa Hayden Panettiere belajar bersama juga seperti mimpi disiang hari. Ah, persetankan semua itu. Aku tekadkan diri untuk memperbaiki kehidupan aku menjadi lebih baik. Maka, setelah menjadi pelajar, inilah habuan yang perlu aku terima, tekanan!
Samada mental kau boleh bertahan menghadapi tekanan tersebut, hanya kau sahaja yang tahu. Tapi yang pasti, aku masih lagi boleh menghadapi tekanan sejak bergelar seorang pelajar! (more…)
15 Comments
Pelajar: Sindrom sakit otak bermula!
Ditulis pada 13 September '08 oleh Mohd Adil, dibawah Tips. Fav it!
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Masa sekarang merupakan masa hampir kritikal kepada seorang yang bergelar pelajar. Aku juga tidak ketinggalan. Dengan pelbagai tugasan diselitkan dengan ujian sememangnya membuatkan kepala engkau semakin berat untuk menanggung kesemua beban tersebut. Masa semakin suntuk tetapi usaha masih belum dapat dilakukan.
Sehari atau dua hari sebelum tarikh tamat submission adalah masa yang paling kritikal. Masa ini sindrom sakit otak pun bermula. Kepala dirasakan terlalu berat untuk menanggung semua beban yang sedia ada. Jikalau boleh hendak dicampakkan sahaja segala beban ini ke dalam gaung. Biar puas hati!
Tinggalkan dulu topik di atas. Kali ini aku hendak membincangkan tentang beberapa tips untuk mengelak dari mendapat sindrom sakit otak. Walaupun nampak lebih kepada tips untuk belajar secara smart, tetapi boleh juga digunakan jikalau engkau mahu. Engkau boleh baca jika engkau berminat dan tinggalkan laman ini jika engkau rasa aku ni merapu! (more…)






















